Sunday, May 30, 2010

6 sifat unggul Para Sahabat

6 sifat unggul Para Sahabat
Yakin 100% Kalimah Iman
Solat khusyuk dan Khudu’
Ilmu dan Zikir
Ikramul Muslimin
Ikhlas niat
Dakwah dan Tabligh
Nabi kata para Sahabat seperti bintang-bintang dilangit, Nabi kata ,Nabi hidup zaman yang belum adanya kompas,GPS ,dan sebagainya.Kalau berpandukan bintang ,of course ,pada waktu malam .Pada waktu siang kita akan nampak bintang itu hanya satu, tapi pada waktu malam kita akan nampak bintang itu banyak sekali .

So, waktu malam adalah dalam keadaan gelap,maka kita boleh mengetahui arah destinasi kita melalui bintang-bintang di langit( buruj). Oleh itu kita umpamakan

Gelap itu adalah zaman kita ini ,kerana , zaman ini lebih teruk dari *zaman jahilliah Zaman jahilliah = zaman manusia jahil dalam agama ,mereka mempermain agama berdasarkan nafsu. Pada zaman ini, martabat kaum hawa sungguh hina, boleh diperlakukan sesuka hati. Arak ,judi ,zina ,merompak dan sebagainya adalah aktiviti harian mereka.

Bintang adalah para sahabat , dengan mengikuti para sahabat Insya-Allah kita akan selamat untuk sampai ke destinasi. Terdapat 6 sifat para sahabat atau 6 sifat dakwah yang perlu kita fahami dan amalkan. Ikut para sahabat bukan bermaksud meninggalkan Nabi. Oleh itu bacalah sampai habis untuk kita membuang kejahilan kita.

1. YAKIN DENGAN KALIMAH IMAN 100%
Apa itu kalimah Iman ? Kalimah Iman adalah kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH . Terdapat 3 golongan yang
Tidak tahu kalimah ini ( perlu diberi tahu)
Tahu tapi tak faham ,hanya sekadar maksud perkataan ( perlu diberi kefahaman )
Tahu dan faham (perlu sampaikan kepada orang lain)
So,kita ni golongan yang mana satu ?.

Iman itu apa ? makna menurut,

Bahasa : keyakinan

Hadis : Iman iti adalah Membenarkan dalam hati , Melafazkan dengan lidah , dan Mengamalkan dengan perbuatan

Kalu salah satu dari apa yang telah dinyatakan dalam hadis itu kita tak buat bermaksud Iman kita masih tak cukup kuat.

First, kita mesti tahu bahasa arab ,dan maknanya

Kita hurai satu persatu, LA = tiada

ILAHA = tuhan

ILLA = selain

ALLAH = ALLAH

Perkataan LA ,dalam bahasa arab merupakan kata Nafi iaitu menidakkan , mentiadakan.

Perkataan ILAHA , bermaksud Tuhan, try fikirkan apa sifat bagi tuhan. Sebagai contoh - Maha Kuasa, perkataan Maha dalam bahasa Melayu adalah sesuatu yang sangat , yang paling. So , Maha Kuasa bermaksud Yang sangat Berkuasa. Fikirkan apa lagi sifat tuhan.

ILLA , bermaksud kecuali , selain

ALLAH.

Dari huraian tadi ,kita sambungkan ,

Tiada tuhan-(apa sifat bagi tuhan) selain ALLAH.

1.Tiada yang berkuasa selain Allah

2.Tiada yang Maha Pengampun selain Allah

3.Tiada yang Maha Besar selain Allah

dan lagi….

Inin bermaksud Allah adalah segalanya , dilangit dan dibumi adalah kepunyaannya. Segala benda yang ada adlah dibawah kuasa Allah.

Inilah yang perlu kita Imani (yakini) , Why? agak susah nak yakin semua makhluk adalah dibawah kuasa ALLAH.

Kadang -kadang memang akan timbul persoalan… Tapi boleh dijawab dengan bukti-bukti yang perlu kita fikirkan….

First ,lihatlah pada diri kita sendiri ,tak payah jauh-jauh.

Kita ada jantung , semua orang wajib ada jantung. Jantung itu adalah diri kita punya bukan orang lain punya, tapi kita tak boleh kawal walaupun jantung sendiri.

Try la berhentikan jantung sendiri selama 3 saat je…….. tanpa bantuan apa-apa…….boleh ke?

Itu kat dalam badan ,kat luar badan pulak . OK ,try ….. Jangan kelipkan mata selama 1 atau 2 jam dan seterusnya tanpa mengunakan apa-apa peralatan atau bahan. Rasa-rasanya 5 minit pun agak susah .

Itu baru , organ dengan anggota badan. Yang ni pulak ,kita tak nampak tapi kita merasainya….yang telah semula jadi ada pada manusia normal.

Kalau kamu lelaki , pasti kamu akan ada sifat atau perasaan kat perempuan dan kalau kamu perempuan ,pasti akan ada sifat atau suka pada lelaki. Perkara ini perlu ,diteliti dan diperhati.

Perkara ini memang tak boleh nak elak, kerana ini adalah fitrah manusia, atau sifat semulajadi yang ada pada manusia.

Kalau tak ada memang tak normal….. Kalau ikutkan ada banyak lagi , just kamu je lah fikirkan ,perhatikan sendiri ,bukan hanya kat diri sendiri ,tapi kat seluruh alam .

Macam Mana Nak Tanamkan Keyakinan Pada Kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH Dalam Hati ?

Sebagai contoh , kalau kita nak hafal Al-Quran kita perlu menyebutnya banyak kali ,barulah kita akan hafal. Jadi Kalimah ini juga perlu disebut setiap hari , tapi bukan makna semata-mata ,sebutkan atau sampaikan kepada orang lain dengan penerangannya.

Dan amalkan,

Selalukan menyebut kebesaran Allah, contohnya ,

Bila kita nak makan ubat sewaktu demam, kita cakap kat ubat tu,” Ubat kau tak boleh bagi aku sihat ,hanya ALLAH yang boleh bagi aku sihat. kau adalah asbab(punca) Allah bagi kesihatan kat aku”.

Dalam hati mesti membenarkan ,hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatau ,maka hanya Allah sahaja yang boleh menyihatkan aku.

Dan apa cara sekali pun sebutkan kebesaran Allah.

Dalam nak amalkan ,memang susah ,sebab syaitan tak nak kita lari dari ikut cakap dia.

So ,kena lah mujahadah (ada pengorbanan) .Oleh itu sebutlah ,kalimah La ilaha illa Allah.

Insya-Allah ..semoga kamu diberi hidayah

No comments:

Post a Comment