Thursday, July 29, 2010

Nasihat Rasulullah s.a.w untuk wanita

Nasihat Rasulullah s.a.w untuk wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Isra' dan Mikraj: Memperbaiki Keyakinan Menurut kerangka Ilmu dan Akal

Assalamualaikum wrh wbt,

Sempena peristiwa Isra' dan Mikraj ini saya ingin berkongsi satu isi ceramah yang disampaikan oleh Dato' Harun Din yg pernah saya dengar beberapa tahun lalu. InsyaAllah dapat menambah keyakinan kita tentang peristiwa Isra' dan Mikraj.

Ramai sebenarnya umat Islam yang jika ditanya secara teknikal tentang peristiwa besar ini, yakinnya tidak kuat disebabkan keyakinan itu semata-mata berasaskan keyakinan dan tidak disandarkan pada ilmu akal yang kuat.

Dalam ceramah Ustaz Harun Din, beliau membuat satu analogi yang sangat cantik dengan membawa kefahaman peristiwa ini kedalam kerangka ilmu dan akal.

Analoginya ialah seekor ikan yang tinggal dalam perigi sejak turun temurun bersama keturunannya hanya tahu kewujudan perkara2 dalam perigi tersebut. Pada satu hari seekor ikan telah disauk oleh manusia dan dimasukkan ke dalam balang yg transparent. Maka ikan itu pun dibawa kesana ke mari dalam balang tersebut. Apabila ia menaiki kenderaan dan bersiar2 di bandar dia melihat apa yang ada di bandar.

Selepas suatu ketika, ikan itu dikembalikan oleh manusia tadi ke perigi tersebut. Maka ikan itu pun bercerita kisahnya kepada ikan-ikan lain. belum tentu ikan lain akan percaya dengan cerita bangunan tinggi dsb.

Dalam peritiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah sallallahualayiwasallam tidak pernah mengatakan baginda pergi sendiri bahkan baginda dibawa atau diperjalankan untuk menunjukkan kuasa yang digunakan ketika itu bukan diukur berdasarkan tenaga baginda bahkan tenaga dan keupayaan pembawanya. Sepertimana ikan tadi, jika dia dibawa menaiki kenderaan selaju 100km/j tentu ianya logik kerana ia dibawa oleh manusia. Maka jika Rasulullah sallallahualayhiwasallam diperjalankan dengan begitu pantas ia tidak mustahil kerana yg membawa baginda ialah malaikat yg memang diketahui keupayaannya bergerak dengan kelajuan yang pantas. Maka benarlah Rasulullah berisrak dan mikraj pada malam tersebut tanpa ada keraguan padanya.

itulah intipati ceramahnya.

Semoga ada manfaatnya.

Kepadamu aku berserah

aku tunduk........menginsafi kekhilafan diri


sesungguhnya dugaan yang satu ini
maha berat buatku
sesungguhnya cabaran yang satu ini
melemahkan jiwaku
dan aku tertunduk........menyedari kekhilafan diri
dugaan seperti ini pastinya diutuskan
untuk menyedarkan aku dari lena yang panjang
dibaluti mimpi dan fantasi yang indah
sehingga aku terleka dan alpa terhadap-Mu
terlalu lekakah diri ini?
terlalu terlenakah diri ini?
benarkah aku telah menjauh dari-Mu?
benarkah aku telah melupakan nikmat dari-Mu?
persoalan demi persoalan mengasak minda
membuatku bingung,dan mindaku seakan terhenti,
tidak berfungsi, kosong, mati
andainya dugaan dan cabaran ini
adalah untuk mengejutkan ku,aku redha
andainya cabaran dan halangan ini adalah balasan
kepada kekhilafan ku, aku redha
biarkan aku diuji begini
biarkan aku dikejutkan begini
asalkan Kau masih menyayangi ku
daripada aku terlena dengan mimpi indah
dan Kau sebenarnya membenci aku
ampunkan aku, Ya Allah
ampunkan aku
umat-Mu yang hina,
umatmu yang keji
kerna aku hanyalah
insan yang hanya mengharap belas kasih dari-Mu
untuk membantu memilih jalan yang benar
untuk menyambung helaan nafas di bumi ini,
di bumi-Mu

Tuhanku yang satu......

Dari e.mail : Yahudi & Propaganda...

Salam... sekadar berkongsi maklumat dari e.mail.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"




Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.




3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.




Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut..sila bace dgn lebih lanjut di :

http://holywar/- efairy.blogspot. com/2009/ 12/pope-roman- peter-ii- cantus-benedicti ne.html

Nisfu Syaaban.... Just to Share...

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman... sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010), malam Selasa (sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
(a) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
• Rakaat 1: baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
• Rakaat 2: baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama: mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua: mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga: mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat akan aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Friday, July 23, 2010

UKHUWWAH FILLAH

Salam..

sahabat-sahabat yang mengenali diri ini di sini saya ingin menyampaikan 3 wasiat kepada anda semua...

1. jika ditakdirkan suatu hari nanti saya lemas dalam arus kehidupan dunia yang fana ini, saya memohon jasa baik sahabat-sahabat semua hulurkanlah tangan kalian dan selamatkanlah dari arus gelombang yang membuatkan saya lupa akan identiti saya hidup di dunia ini..iaitu sebagai seorang hamba dan seorang khalifah..

2. jika ditakdirkan satu hari nanti saya jatuh tersungkur dalam perjalanan menjadi seorang da'ie, hulurkan juga tangan kalian demi membantu saya bangkit semula bagi meneruskan dakwah islamiyah yang telap diwasiatkan oleh Kekasih Allah S.A.W...

3. yang terakhir kenanglah diri ini dalam setiap lafaz doamu wahai teman-temanku..

terima kasih di atas jasa baik kalian kerna sudi membaca wasiat ini..
setinggi-tinggi rasa syukur diri ini panjatkan kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui kerna mengurniakan jalinan persahabatan yang berpaksikan LILLAHITA'ALA..

semoga ukhuwwah yang terjalin berkekalan dunia akhirat..aminn ya rabb..

Termasuk siapakah diri kita ini?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang mengabaikan akan waktu solatnya seolah‐olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu, sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini..

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada, sentiasa mengumpulkan harta untuk kepuasannya sendiri.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal‐amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik dan mulia.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal‐amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal‐amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang‐orang yang menghuni syurga kelak kerAna telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Teman - teman, termasuk siapakah diri kita ini? Renungilah sejenak.. JAngan biarkan diri kita hanyut dan lupa dalam mengingatkan diri kita. Jika berupaya, beringat untuk teman kita yang lain. Tidak rugi untuk kita saling berkongsi. Hati yang terbiar akan seperti tanah lapang yang terbiar lama akhirnya dipenuhi dengan semak samun.. Bahkan begitu jua dengan hati kita. Barangkali, karat - karat dosa akan mengaratkan terus hati - hati kita ini. Ye beringatlah kita selaku hambaNYA yang daif lagi hina. Ingatlah dan terus sentiasa mengingati.. Kebiasaanya penyesalan itu seringkali wujud di pengakhiran.. jangan biarkan kita menyesal setelah habisnya nikmat kehidupan ini. jangan kita mensia-siakan usia muda kita bahkan sahabat - sahabat kita yang lain. ana ingatkan diri ana terutamanya yang sering tergoda, lalai dan alpa dalam mengharungi kehidupan ini. Lupa diri sebagai seorang hamba.. Lupa diri sebagai seorang anak.. lupa diri sebagai seorang pelajar... Lupa diri sebagai seorang teman.. Iman tergoncang kerana dek hati yang disaluti dosa. Maka, semak diri sebelum kita menghayati nikmat tidur.. Sebelum mata terlena, jom kita imbas diri kita.. Download semula iman. Topup semula akhlak kita.. up grade kan ibadah kita.. Luaskan rangkaian ukhwah..

Duhai Hati..

Wahai diri,
Apa kau gusarkan?
Adakah kau tidak meyakini rencanaNYA buatmu?
Apa yang mengganggu jiwamu wahai diri?
kewangan?
Cinta?
Kedudukan kau di dunia ini?
Diri, jangan kau gusar dengan dunia ini, jangan kau takuti dengan ketandusan perbelanjaan.
Apa kau bimbang dengan ketetapan rezeki yang Dia tetapkan buatmu?
Usah kau bimbang akan jodohmu..
Teruskan sahaja berdoa, mudahan si dia dirahmati Allah.
Apa lagi wahai diri?
Kenapa kau suka menyempitkan fikiran dan membebankan hatimu?
Masa itu bukanlah menjadi ukuran penentu kejayaan, bukan juga banyaknya rahmat untukmu, bahkan bukan juga penentu segala penentu..
Kau rasakan kau semakin tua?
Sebab itu kau bimbangkan masa?
Bimbangkan masa yang kau bazirkan!
Bimbangkan apa yang telah kau perbuatkan!
Kerana masa akan tinggalkan kau walau sesaat pun.
Pergunakanlah masa kau sebaik – baiknya.
Perbaikilah masa yang kau miliki.

Wahai diri,
Kuatkan ingatan dan beringatlah sentiasa,
walau dimana pun kau berada, jangan sesekali kau abaikan matlamatmu menuju kepadaNYA,
walau ditakdirkan kau terpaksa mempertaruhkan hidupmu untuknya,
jangan sesekali kau berpaling untuk menuju selain dariNYA.
ingatlah janjimu untuk berjuang hanya untukNYA.
Masa depanmu tetapkanlah buatNYA..
Jangan kau jatuhkan diri ke lembah maksiat..
Jangan kau persiakan cinta hakikimu kerana cintakan dunia..
Labuhkan cintamu kepada yang ESA..
letakkan setinggi harapanmu hanya kepadaNYA.. dan jangan kau terpedaya dan leka bahkan lalai dengan janji manis LELAKI yang sengaja dilunakkan..
jatuhkanlah cintamu kepada yang mencintaiNYA..

Wahai diri,
Tahukah dikau?
Segolongan sufi selalu berkata sepanjang hidup mereka "Aku tidak akan berpaling oleh sifat kelemahanku yang mencari dunia, aku tidak akan memikirkan apa yang telah berlaku, bahkan pula hal yang akan berlaku, aku cuma fikirkan saat ini, adakah urusanku dengan DIA telah ku lunaskan atau berapa banyakkah kelalaianku dalam mengingatiNYA.."
Bagaimana pula diri engkau?
Bagaimana cara fikirmu?
Adakah telah ketandusan rasa fikirmu?
Ayuh bersegeralah menujuNYA..
Letakkan dunia itu di kakimu..
Julangkan akhirat di kepalamu..
Namun jangan dunia kau perkecilkan..
Kerana ia jalan menuju ke Akhirat..

Wahai diri,
Kau kena ingat,
Suatu perancangan itu adalah urusan Allah SWT, kita ini hanya merancang dan yang menentukan hanya Allah,
bagaimanakah kita mampu untuk mencampuri urusan DIA yang Maha Bijaksana dalam pentadbiranNYA. Hanya Dia yang memahami hambanya dalam merancana sesuatu hal, apakah kau tidak yakini DIA sedang merancanakan yang terbaik buat hambaNYA?
Kau kena redha akan ketentuanNYA..

Wahai diri,
Jadikan hatimu itu lubuk cahayaNYA yang merentasi setiap alam,
Jadikan ia rumah tempat Iman bertapak kukuh,
Jadikan hati kau sebersihnya,
Jagalah hatimu duhai diri,
Peliharalah dirimu itu,
Jangan jadikan diri kau angan – angan dalam menjadi muslimah solehah,
Tetapi realisasikan,
Berbuatlah wahai diri,
Lukiskan kebahgian di hati,
Kerna bahagia itu ada di hat