Tuesday, December 27, 2011

6 Cara Jin Merosakkan Manusia

Ustaz Kazim Elias - 6 Cara Jin Merosakkan Manusia



Thursday, September 22, 2011

Doa naik Kenderaan




Makna:

“Segala puji bagi Allah,Maha suci Allah yang menyediakan kenderaan ini untuk kemudahan kita dan kami tidak terdaya menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kitalah, kita akan kembali.”

Doa sebelum Ke tandas




“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari syaitan jantan dan betina ( kotoran-kotoran yang keji ). “

Doa Bangun Tidur


Doa Bangun Tidur




Makna:

” Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan. “

Tuesday, September 20, 2011

36 Surah Yaasiin

32 As Sajdah




[1] Alif, Laam Miim.


[2] Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


[3] (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: “Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya”. (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.


[4] Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?


[5] Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.


[6] Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;


[7] Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;


[8] Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;


[9] Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


[10] Dan mereka (yang kafir) itu berkata: “Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian? ” (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.


[11] Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.


[12] Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.


[13] Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.


[14] (Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.


[15] Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.


[16] Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.


[17] Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.


[18] (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).


[19] Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.


[20] Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.


[21] Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.


[22] Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.


[23] Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.


[24] Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.


[25] (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.


[26] Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?


[27] Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?


[28] Dan mereka bertanya: “Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?”


[29] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)”.


[30]
Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).

Monday, September 19, 2011

56 Surah Al Waqi'ah




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1] Apabila berlaku hari kiamat itu,

[2]Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.


[3]Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).


[4](Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.


[5]Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,


[6]Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,


[7]Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);


[8]Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?


[9]Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?


[10]Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);


[11]Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),


[12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.


[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;


[14]Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.


[15](Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;


[16]Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.


[17]Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -


[18]Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.


[19]Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.


[20]Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,


[21]Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.


[22]Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,


[23]Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.


[24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.


[25]Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -


[26]Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).


[27]Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?


[28]Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.


[29]Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,


[30]Dan naungan yang tetap terbentang,


[31]Dan air yang sentiasa mengalir,


[32]Serta buah-buahan yang banyak,


[33]Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,


[34]Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

[35]Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


[36]Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


[37]Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.


[38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


[39]Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

[40]Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.


[41]Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?


[42]Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak


[43]Serta naungan dari asap hitam,


[44]Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.


[45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).


[46]Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,


[47]Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?


[48]Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ”


[49]Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang
terkemudian,

[50]“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum.


[51]“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),


[52]Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,


[53]“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,


[54]Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,


[55]“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.


[56]Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.


[57]Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).


[58](Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?


[59]Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?


[60]Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;


[61](Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.


[62]Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).


[63]Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?


[64]Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?


[65]Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,


[66](Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.


[67]“Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”


[68]Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?


[69]Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

[70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.


[71]Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?


[72]Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?


[73]Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.


[74]Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).


[75]Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -


[76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -


[77]Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),


[78]Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,


[79]Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;


[80]Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.


[81]Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?


[82]Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?


[83]Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -


[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -


[85]Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,


[86]Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -


[87]Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?


[88]Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,


[89]Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.


[90]Dan jika ia dari puak kanan,


[91]Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”.


[92]Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,


[93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,


[94]Serta bakaran api neraka.


[95]Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.


[96]Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.