Monday, September 19, 2011

Jijikkah poligami?

Majoriti masyarakat mencemuh mereka yang berpoligami, malah suami yang ingin berkahwin lain dilabel sebagai gatal dan mementingkan diri sendiri. Jika berpoligami tidak sesuai dizaman sekarang ini maka salah satu dari undang2 islam sudah tidak boleh diterima pakai, bagaimana pula undang2 islam yang lain? Semua harus berubah juga?

Tanpa kita sedar kita pemikiran kita sebenarnya telah di corak, diacu oleh pengaruh luar dan kebanyakan pilihan dan reaksi kita terhadap sesuatu itu bukan lah dari berfikir, sebaliknya dari memori. Kita lebih senang menggunakan memori dr berfikir, disebabkan oleh itu hidup kita hari ini masih tetap seperti semalam kerana corak pemikiran yang sama.

Mengapa kes liwat harus di nafikan dengan bersumpah dengan Al Quran, bukan dengan memanggil 4 saksi?, kerana itu yang kita lihat melalui filem dan cerita2 TV yang bersumpah perlu dengan kitab suci (bible) jadi ia menjadi ikutan mereka yang mengaku islam.

Mengapa bertudung tetapi dada tersembul? Kerana artis bertudung demikian, sedangkan didalam Al Quran menutup dada itu lebih penting dari fesyen tudung itu sendiri.

Mengapa perlu bercinta dahulu sebelum kahwin, tidak seperti dizaman dahulu yang mana ibu ayah yang mancarikan jodoh, kerana semua cerita TV dan filem menggambarkan perlunya bercinta sebelum kahwin. Tak pernah terjumpa cerita cinta yang menggambarkan hebatnya percintaan selepas kahwin.

Mengapa ada yang sanggup tukar agama kerana cinta, kerana didlm filem, walau hebat mana pun halangan, hero dan heroin akhirnya hidup bahagia, jadi tak kira apa agama pasangan ku, bila aku sudah bercinta dengannya, jika dahulu buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan, sekarang buang emak, buang ayah, buang saudara, buang agama, kerana kasih aku turutkan.

Mengapa poligami itu jijik? Kerana didlm filem, ibu tiri itu garang, kerana dr DCCK, suami berkahwin dua mengabaikan isteri pertama, kerana didlm iklan raya petronas beberapa tahun lepas, anak terpaksa menolong ibu menjual nasi lemak menyara hidup. Tanpa kita sedar, minda separa sedar kita telah dirasuk, yang meracun fikiran kita memusuhi poligami.

Mengapa lelaki mahu kahwin dua, jika di zaman nabi kerana ingin membantu yang lemah, sekarang kerana pengaruh porno yang membuat lelaki khayal untuk mencuba yang lain, betapa mudahnya membeli CD lucah, diluar 7 elevan pun ada gerai segera menjualnya. Lihatlah juga disekeliling bagaimana wanita berpakaian dizaman ini, bukankah itu mendorong nafsu lelaki? Lihatlah majalah hiburan rata2 muka depan memaparkan dada artis yang montok tersembul, bukankah ini mendorang nafsu? Bagi yang tidak beriman, gundik, girlfren, rumah urut habuanku, bagi yang tahu dosa pahala, ke siam adalah jalan yang mudah. Bagi yang tak mampu, melempias pada yang lemah, merogol. Dalam kebanyakan kes, pengaruh persekitaran sebenarnya mendorong lelaki untuk berpoligami.

Bagaimana dengan kaum perempuan, mereka tidak bersalah? Mereka bersetuju bila wanita dijadikan bahan penarik iklan, merek bersetuju, pakaian menjolak mata itu kemodenan, mereka berdiam ketika pornografi berleluasa, bukan kah itu lebih harus ditegah dari berkempen menentang poligami? Kita kena mengkaji dan menyiasat keakar umbi apa punca sebenarnya, bukan menyalah kan apa yang sudah terjadi. Tak pernah terjumpa lagi mana2 persatuan/gerakan wanita yang berjuang menegakkan maruah wanita dari segi menentang pengeksploitasi wanita sebaliknya dalam diam2 menyokong kemungkaran, kebanyakannya atas dasar "women right". Sama seperti barat yang menyalahkan Al Qaeda dan hidup dalam ketakutan sedangkan masaalah sebenarnya ialah yahudi yang merampas tanah arab. Alasan wanita untuk menyuruh lelaki lebih sabar menahan nafsu adalah seperti meludah ke kelangit jika mereka sendiri tidak menyeru kaum mereka sendiri untuk lebih bersopan.

Jadi perempuan tidak boleh menyalahkan lelaki jika mahu berkahwin dan lelaki juga tidak boleh menyalahkan wanita jika mereka ditentang untuk berkahwin lebih dari satu. Pokok pangkal nya niat, apa niat lelaki untuk berkahwin dan apa niat perempuan untuk menghalang?

Jika lihat keadaan masyarakat sekarang ini, mengapa ramai wanita tidak tidak berkahwin, kebanyakan alasan yang diberi, tidak berjumpa pasangan yang sesuai, lelaki pula buat apa aku perlu berkahwini jika aku senang melempiaskan nafsu ku, sikap perempuan sendiri mengumpan seks untuk cinta menjadi penyakit berbalik pada diri sendiri.

Kita semua berkait, kita tidak boleh hidup tanpa memperdulikan orang lain, setiap tindakan ada tindakbalas berbalik yang sama kepada diri kita sendiri. Contohnya bagi lelaki tak perlu aku kahwin kerana aku punyai rakan wanita/gundik/rumah urut untuk melempiaskan nafsuku. Tidak sedarkah mereka yang suatu hari nanti mereka ada adik,saudara atau akan ada anak perempuan? Bagaimana dengan wanita? Jika mereka menghalang suami untuk berkahwin lain jika suami mampu dan punya alasan yang kukuh?, sudah tahukah mereka apa nasib adik, saudara atau anak perempuan mereka nanti?

Sebelum melabelkan seseorang baik suami atau gadis yang ingin menerima suami orang sebagai pasangan kita kena lihat apa niat mereka dan kemampuan mereka? Jika lelaki itu mampu dari segi zahir dan batin, apa niat isteri untuk menghalang? Apa sebenarnya yang mendorong mereka bertindak melulu meghalang niat suami, malah ada juga mendapat sokongan saudara-mara malah rakan2 untuk memusnahkan perkahwinan yang telah dibina.

Jawapan sebenarnya adalah cemburu, takut dan ego. Cemburu kerana takut kasih sayang suami akan beralih, takut akan hilangnya sumber nafkah dan ego dan malu dengan masyarakat persekitaran yang akan mencemuh mereka kerana menganggap ada kekurangan pada diri mereka yang mendorong suami mencari lain. Ditambah pula dengan cara berfikir yang lebih kepada memori dari mengambil kira semua kebarangkalian untuk bertindak. Pengaruh TV dan masyarakat lebih mempengaruhi keputusan yang diambil.

Lelaki yang ingin berkahwin juga harus mengukur diri sendiri, jika ingin kahwin periksa dulu keimanan kita, bukan setakat mengukur tebalnya poket atau hebatnya "senjata" sahaja. Jika kita nanti mengianaya isteri kita, tak terfikir bagaimana perkara yang sama berlaku pada adik, saudara atau anak perempuan kita nanti?

Lelaki yang beriman ingin mencipta syurga didunia ini dengan memberikan kasih sayang pada lebih ramai insan, kasih sayang bukan seperti duit yang bila dikongsi menjadi separuh, contohnya kasih sayang ibu pada anaknya, adakah menjadi separuh dengan kehadiran anak kedua, tidak, kasih sayang tetap tidak berubah. Samalah juga dengan kasih sayang suami, tidak berubah malah makin bertambah-tambah pada isteri pertama yang redha.

Kebanyakan isteri pertama mengadu suami melupakan mereka, mereka kena selidik sikap dan pemikiran mereka sendiri, jika mereka mencemuh perkahwinan tersebut, menyumpah, merungut dan sebagainya, tidak redha akan ketentuan Allah, bukankah itu tidak bersyukur namanya. Bukankah lebih baik kita meredhainya dan berdoa yakin kepada Allah yang Allah akan membuka hati suami mereka untuk sedar jika langkah yang diambil itu silap. Mana lebih berkesan? Bandingkan perbezaannya jika suami itu sendiri sedar akan kesilapannya dari pada sikap kita sendiri menyumpah apa yang terjadi. Ini berbalik kepada keimanan kita kepadaNya.

Perempuan yang ingin mejadi isteri kedua kebanyakannya dilabel sebagai gatal, miang, penggoda, kaki cukur dan sebagainya, kerana apa? Kerana itu acuan pemikiran kita, kita hidup hari ini seolah hari ini adalah semalam, tidak memikirkan akan kemungkinan2 baru jika kita mengubah cara pemikiran kita.
Bagaimana jika calon isteri kedua itu wanita berkerjaya yang boleh berdikari yang cuma ingin menambah kan zuriat, malah anak2 dan isteri pertama juga boleh mendapat kebaikan dari isteri kedua tersebut, contohnya jika isteri kedua itu seorang doktor atau seorang guru/ustazah contohnya. Setiap anak yang lahir ada rezekinya sendiri, itu janji Allah jadi mengapa kita perlu takut suami tak akan ada cukup duit untuk menampung keluarga?

Wanita berkerjaya jarang ingin menjadi isteri kedua kerana samada ego mereka sendiri ataupun takut di cemuh oleh masayarakat, bagi yang beriman, mereka lebih senang menjadi anak dara tua, bagi yang tidak, mengumpan seks untuk cinta dari lelaki, dan ini berbalik kepada kisah mengapa susah untuk mencari lelaki yang baik, drama manusia yang berbalik2.

Kita harus berani mengubah cara pemikiran kita, jika kita termasuk dalam golongan yang mencemuh poligami, secara tidak sedar kita juga mencemuh Allah, tidak bersyukur dan mengundang kemurkaanNya, kemudian kita marahkan hidup kita serba kekurangan dari segi harta dan kasih sayang. Dalam setiap detik hidup kita ini kita harus selalu memeriksa corak pemikiran kita, kerana dari fikiran manjadi tindak tanduk kita. Rugilah mereka yang hidup dengan tanpa sedar mencemuh Allah, menjadi tidak bersyukur. Setiap apa yang datang didalam hidup kita ini hasil dari pemikiran kita sendiri. Mahukan yang terbaik, berlatih lah berfikir yang terbaik, berfikir tanpa pengaruh luar, pengaruh masyarakat. Kaji dan selidik sebelum bertindak dan cuba mengelak dari menjadi tidak bersyukur tanpa sedar.

Didalam posting saya yang lepas, ramai menganggap mana boleh samakan syurga dan dunia, tetapi jika kita inginkan kesyurga, bukankah kita perlu berlatih dari sekarang? Martabat wanita tidak jatuh dengan poligami, malahan isteri yang redha lebih tinggi martabatnya dari bidadari disyurga. Mana lebih utama darjat disisi manusia atau darjat disisi Allah? Kita terlalu mengikut pemikiran barat yang menyelar poligami tanpa kita sedar, barat menolak agama mereka sendiri kerana didlm Bible, ada sejarah nabi2 sebelum nabi Isa yng rata2 berpoligami. Mereka sebenarnya mencemuh nabi2 lain sebelum Nabi Isa AS. Mereka moden kerana menolak agama tetapi runtuh moral, Islam mundur kerana menolak agama dan mundur juga dari segi moral. Islam agung dizaman nabi kerana kuatnya pegangan islam, jatuhnya empayar islam kerana muslim sendiri mengejar dunia.

Bagi saya lelaki yang mampu dari segi zahir dan batin patut kahwin lebih dari satu dan isteri yang punyai suami yang mithali patut mencari kan pasangan kedua untuk suami, gila bunyinya tetapi jika difikirkan sedalam-dalamnya inilah penyelesaian untuk masaalah masyarakat diseluruh dunia sekarang ini. Sumbang mahram, anak luar nikah, haruan makan anak, pelacuran dan sebagainya, jika diselidik boleh di hapuskan atau dikurangkan dengan dengan poligami.

Lelaki yang mampu dan layak berkahwin dua dan isteri yang menghalang suami yang layak untuk berpologami sebenarnya mementingkan diri sendiri, bagi mereka aku adalah aku dan aku tiada kena mengena dengan masyarakat. Cabang sains yang baru (quantum physic) membuktikan bahawa kita semua berkait, cara kita berfikir sebenarnya mempengaruhi dunia dan persekitaran kita, jadi kita tidak boleh buat tak endah apa yang terjadi disekeliling kerana kita sebenarnya secara tidak langsung terlibat.

Kita lebih senang menyalahkan orang lain, tu la gatal sangat nak kahwin, saja cari penyakit, tak sedar diri, menuding jari kearah orang lain, hebatnya Allah itu membuat secara universal manusia menuding 2 jari kearah orang lain, sedarkah kita 3 jari menghala kepada diri kita sendiri? Itu kehebatan Allah tanpa kita sedar.

Jangan hidup hari ini seperti hari semalam, kerana jika kita hidup hari ini seperti semalam, kita selalu mendapat hasil seperti hari semalam.

Berfikir itu mudah, tetapi tidak ramai yang betul-betul melakukannya...

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/07/jijikkah-pologami.html#ixzz1YOMr3S5L

No comments:

Post a Comment