Saturday, May 29, 2010

KENAL DIRIMU, NESCAYA KAMU KENAL ALLAH S.W.T

Bayangkan kita ada kamera best yang sophisticated, elegant, with multiple extra functions, incorporating the latest technology in a small slick design. Melihatkan zahirnya kita tertarik. Menyaksikan fungsinya kita kagum. Sepintas hati memuji perekanya. Apakata kalau kita buka lapisan luar kamera ini untuk memerhati isi dalamnya yang menghasilkan fungsi yang hebat tadi. Mungkin akan terlihat komponen-komponen elektronik yang halus, dalam posisi yang tersusun rapi dan bersistem, membuktikan ketelitian dalam pembuatannya. Mungkin sesiapa di antara kita yang lebih berilmu dalam bidang elektronik, lebih mampu memahami untuk menghargai kehebatan alat ini.

.

Kalau dapat saya samakan, mungkin seperti itu jugalah saya memandang dunia Surgery. Orang lain hanya melihat manusia melalui jasad zahirnya - rupanya, warna kulitnya, fesyennya, gayanya, percakapannya. Alangkah besarnya peluang yang Allah beri kepada saya, dapat menyaksikan lebih dari zahiriyyah kulit, menghayati kebesaran Allah dalam penciptaan diri sendiri.

.

stomachTidakkah kita bersyukur, kita dapat makan dengan gembira, kita menelan dan tiba-tiba rasa lapar tadi sudah hilang. Kita kenyang. Ada orang asal makan saja terus akan sakit perut teramat sangat. Maka dalam pembedahan, saya dapat melihat, oh rupanya sebab perutnya sudah luka dan berdarah. Adagastric ulcer yang sudah hampir perforate. Saya juga dapat melihat dinding perut kita, rupanya tebal dan berkedut-kedut, dipanggil Rugae. Sebab itulah kita boleh makan banyak, sebab perut dapat mengembang disebabkan kedutan itu. Perut kita tidak meletup. Bila isipadu dalam perut mencapai satu-satu tahap, dan otot perut mengembang, ada saraf akan terangsang dan ia menimbulkan rasa kenyang. Maka kita berhenti makan. Kalau makan juga, sudah hilang nikmatnya. Hebat tak teknologi perut kita?

.

“Dan pada dirimu sendiri (ada tanda-tanda kebesaranNya), mengapa kamu tidak memerhati?” (Surah Ad-Dzariyaat : ayat 21)

LegoPolicemanTangan kita pun tidak kurang canggihnya. Boleh pusing macam-macam sudut. Boleh pegang apa-apa jenis benda, baik yang bulat ataupun nipis seperti kertas. Boleh genggam buat penumbuk. Boleh lembut untuk menepuk bayi. Semua itu kerana ada bilangan sendi yang banyak pada tangan. Kalau Allah buat tangan kita macam tangan orang Lego macam mana? Kita juga boleh merasa dengan jari, kerana hujung jari adalah antara tempat paling sensitif untuk merasa, sebab banyak sangat saraf di situ. Maka orang buta dapat membaca dengan tulisan Braille. Kenapa orang yang tangannya cedera, dia tidak dapat menggerakkannya lagi? Maka dalam pembedahan, saya dapat melihat, oh tengok, sebab tendonnya yang ini terkoyak. Tendon ialah ‘tali’ yang memegang tulang kita, supaya kita boleh gerakkan tulang kita bila kita mahu. Ia nipis tetapi kuat, tidak mampu diputuskan hanya dengan jari, bukan macam tali rafia.

..

brain&spinalcordTidakkah kita kagum dengan kemampuan manusia? Kita mampu berjalan sambil makan aiskrim dan berbual dengan sahabat kita. Kita tidak terjatuh walaupun tidak memerhatikan di mana kaki kita diletakkan, kita tidak tercekik atau tersedak dengan aiskrim itu, dan pada masa yang sama mampu pula menyusun ayat yang baik semasa bersembang, menceritakan ingatan kita tentang hal yang terjadi pada bulan lepas. Kita juga tidak terlupa untuk bernafas. Berapa banyak perkara yang kita sedang laksanakan sekaligus sebenarnya? Dan semua itu terlalu mudah! Itu kehebatan otak yang menjadi koordinator keseluruhan anggota badan.

.

Namun, otak masih bukanlah The Big Boss!

The Big Boss adalah Qalb, iaitu hati. Otak hanya menerima arahan dari hati, hanya melaksanakan kehendak hati. Tanyalah hati kita, dari mana pula hati kita menerima perintah? Adakah dari Allah, Tuhan seru sekalian alam, atau dari al-hawa dan syaitan?

“Sesungguhnya perkara halal itu jelas, dan perkara haram itu jelas. Dan di antara keduanya ada perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga dari perkara syubhat, maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di keliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah setiap raja itu ada sempadan, dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah apa yang dilarangNya. Ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah Hati.“
(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim, hadith ke-6 dlm Kitab Hadith 40)

No comments:

Post a Comment