Thursday, July 29, 2010

Isra' dan Mikraj: Memperbaiki Keyakinan Menurut kerangka Ilmu dan Akal

Assalamualaikum wrh wbt,

Sempena peristiwa Isra' dan Mikraj ini saya ingin berkongsi satu isi ceramah yang disampaikan oleh Dato' Harun Din yg pernah saya dengar beberapa tahun lalu. InsyaAllah dapat menambah keyakinan kita tentang peristiwa Isra' dan Mikraj.

Ramai sebenarnya umat Islam yang jika ditanya secara teknikal tentang peristiwa besar ini, yakinnya tidak kuat disebabkan keyakinan itu semata-mata berasaskan keyakinan dan tidak disandarkan pada ilmu akal yang kuat.

Dalam ceramah Ustaz Harun Din, beliau membuat satu analogi yang sangat cantik dengan membawa kefahaman peristiwa ini kedalam kerangka ilmu dan akal.

Analoginya ialah seekor ikan yang tinggal dalam perigi sejak turun temurun bersama keturunannya hanya tahu kewujudan perkara2 dalam perigi tersebut. Pada satu hari seekor ikan telah disauk oleh manusia dan dimasukkan ke dalam balang yg transparent. Maka ikan itu pun dibawa kesana ke mari dalam balang tersebut. Apabila ia menaiki kenderaan dan bersiar2 di bandar dia melihat apa yang ada di bandar.

Selepas suatu ketika, ikan itu dikembalikan oleh manusia tadi ke perigi tersebut. Maka ikan itu pun bercerita kisahnya kepada ikan-ikan lain. belum tentu ikan lain akan percaya dengan cerita bangunan tinggi dsb.

Dalam peritiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah sallallahualayiwasallam tidak pernah mengatakan baginda pergi sendiri bahkan baginda dibawa atau diperjalankan untuk menunjukkan kuasa yang digunakan ketika itu bukan diukur berdasarkan tenaga baginda bahkan tenaga dan keupayaan pembawanya. Sepertimana ikan tadi, jika dia dibawa menaiki kenderaan selaju 100km/j tentu ianya logik kerana ia dibawa oleh manusia. Maka jika Rasulullah sallallahualayhiwasallam diperjalankan dengan begitu pantas ia tidak mustahil kerana yg membawa baginda ialah malaikat yg memang diketahui keupayaannya bergerak dengan kelajuan yang pantas. Maka benarlah Rasulullah berisrak dan mikraj pada malam tersebut tanpa ada keraguan padanya.

itulah intipati ceramahnya.

Semoga ada manfaatnya.

No comments:

Post a Comment