Thursday, March 18, 2010

WANITA, TABIAT YANG MEMBAWA KE NERAKA

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah
kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun
pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:-

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang
tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:-

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

" Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:-

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh
di bawah:-

Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan
wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi
bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang
telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah
ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW
berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup
engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan
dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak
ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari
Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya
dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi , 'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala
amalannya.'

Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak
beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2
perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang
disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:-
a. Sabda Rasulullah SAW:- "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum
nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan
harian kita.

b Sabda Rasulullah SAW:- "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang
tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan,
umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang
ringgit.

Sedekah juga termasuk:-
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga
sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak
menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat
baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut
nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan
isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas
memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam
kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab
Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan
tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW
pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat
juga suatu syair Arab yang berbunyi:- "Nak buat baik, sangatlah mudah,
Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur
dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang
boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah
sikap kita dari sekarang. " SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda
Rasulullah SAW"

No comments:

Post a Comment