Friday, April 2, 2010

9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
> "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam
> aku sebelum di Israqkan.... ...."
>
> 1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh
> malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
> nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh
> KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

> 2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang
> amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
>
> 3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
> syaitan-​syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
> dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

> 4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
> daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
> rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
> KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-​NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu

> 5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
> mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,​ketika itu datanglah
> pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
> merasa puas.

> 6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
> sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
> diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
> sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
>
> 7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
> di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
> maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
> mengeluarkannya​ dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
>
> 8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
> tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
> SILATURRAHIMNYA​ DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-​MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
> menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,
maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH
SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW:
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

No comments:

Post a Comment