Sunday, April 4, 2010

Usaha Tangga Kejayaan

Anda hanya ada 1 sahaja punca pendapatan;

Pepatah Inggeris ada menyatakan "Not to keep all your eggs in a single basket". Jangan letakkan semua telur ayam di dalam sebuah bakul. Dengan hanya ada 1 sahaja punca pendapatan boleh menyebabkan anda akan kehilangan pendapatan anda secara tiba-tiba sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anda, keluarga, tempat kerja atau perniagaan anda. Betul tak betul???



2. Anda takut mencuba kerana takut gagal;

"Tiada dilahirkan di dunia ini untuk menjadi gagal melainkan dia sendiri yang memilih jalan untuk gagal dan kegagalan yang sebenarnya adalah kegagalan untuk mencuba". Tiada orang yang berjaya yang tidak pernah gagal. Semakin banyak anda gagal, semakin dekat anda kepada kejayaan.



3. Anda suka bertangguh;

Anda akan dapati sekiranya anda selalu berkata bahawa "Ada banyak masa lagi, nanti la"... "Nanti bila duit saya dah cukup, saya akan buat". Jangan terkejut apabila satu hari nanti bila anda bangun pagi dan anda mendapati persaraan anda semakin hampir atau usia anda telah lanjut tetapi anda masih tidak mempunyai apa-apa dalam akaun atau harta yang anda miliki.



4. Anda suka dengar cakap orang;

"Tak usah masuk... Skim cepat kaya tu". "Ramai dah masuk tapi tak dapat duit" atau "Tipu je tu". Ramai orang gagal sebab mereka termakan cakap atau kawan-kawan dan orang ramai. Ramai orang iri hati kalau kita kaya, betul tak betul??? Untuk berjaya, ikut cakap orang orang berjaya dan buat apa orang berjaya buat. Jangan dengar cakap orang !!!



5. Anda gagal untuk merebut peluang;

Mungkin anda telah banyak kali mendengar atau ditawarkan dengan peluang-peluang yang telah membuatkan ramai orang menjadi kaya atau menjadi jutawan tetapi anda telah persia-siakan dengan sikap "Tunggulah nanti saya fikirkan" atau "Saya bukan tak nak tapi.." Untuk berjaya jangan beri banyak alasan !!! Jangan takut untuk berubah kerana kalau anda takut untuk berubah, pendapatan anda pun tidak akan berubah.



KESIMPULANNYA; Untuk kaya dan berjaya, anda perlu berubah. Apa yang anda perlu ubah? Ubah cara anda berfikir, ubah penggunaan masa, ubah topik perbualan harian anda, belajar dari orang berjaya, ubah sikap, jangan bertangguh, jangan dengar cakap orang dan jangan beri sebarang alasan. INGAT !!!.. Sekiranya anda tidak mahu berubah, pendapatan anda juga tidak akan berubah. Untuk berjaya, ikut cakap orang yang berjaya. Jangan bertangguh. Cari jalan bukan beri alasan.

No comments:

Post a Comment