Sunday, April 4, 2010

Kata kata Hikmah...

usahlah berbangga dengan segala harta kekayaan yg dipunyai oleh kita KERANA ianya hanyalah sementara cuma...TETAPI kekayaan yang sebenar2nya milik mutlak kita ADALAH kekayaan hati yang terletak dalam diri kita....

apabila kita diberi kesihatan yg terbaik fikiran yang sentiasa tenteram jiwa yang sentiasa tenang dn damai dianugerahi kesenangan dan kebahagiaan dlm hidup @ kehidupan kita....bersyukurlah sentiasa kerana sesungguh-Nya Allah swt amat suka kepada hamba-Nya yang selalu bersyukur...NAMUN jangan sesekali kita melupakan-Nya...

apabila ditimpa musibah @ diuji dengan pelbagai ujian yang amat menyesakkan dada....bersabarlah dan beristighar sentiasa...NESCAYA Allah swt akan membebaskan diri kita daripada segala musibah, ujian dan melimpahkan rahmat dan hikmah tanpa kita jangkakan...sesungguhnya orang yang bersabar itu adalah sebaik2 manusia di sisi-Nya

apabila kita mendambakan kebahagiaan dalam diri kita...sentiasalah memberikan kebahagiaan dan kasih sayang kepada orang lain....nescaya akan tiba suatu saat dn ketika kebahagiaan dan kasih sayang itu akan kembali semula kepada kita...NAMUN usah dipertikaikan jarak dan waktu bilakah kita akan menikmatinya.....sentiasalah berbuat baik dan kebajikan

mengapa membiarkan hati terus membungkam... lantaran sejarah duka masa silam....
mengapa mesti diri hanyut tenggelam...lantaran diulit ruang-ruang kelam
mengapa harus jiwa dan raga terus suram...lantaran memoir duka yg berkalam-kalam
kita harus bangun...
kita harus bangkit...
tinggalkan segala memoir yg berkalam-kalam
hindar...kan segala sejarah duka masa silam
lenyapkan segala ruang-ruang yang kelam...
kumpul kembali semangat yg hilang....bina kembali kekuatan yg semakin pincang....bentuk kembali benteng ketabahan yang semakin goyang....
teruskan perjuangan kerana di luar sana masih ada yang sayang.....

apabila kita dilanda kekecewan...hati kita bagai kaca terhempas ke batu...hancur berkecai...NAMUN, kita perlu kutip kembali serpihan hati kita satu persatu...kerana hanya kita yg mampu buat
begitu...org lain di sekeliling kita tk akan pernah ambil peduli....MELAINKAN mereka hanya lebih suka bertepuk tgn melihat
kejatuhan dan pendertaan kita....

hulurkan tangan utk membantu...bukan hanya diam membatu....
pimpinlah mereka dengan penuh kasih....bukan biarkan mereka terus tersisih
berilah sokongan dan juga perhatian....bukan biarkan mereka sendirian
bantulah mereka selagi daya...bukan biarkan mereka terus teraniaya
jueteru itu...bantulah mereka2 yang memerlukan sokon...gan bantuan perhatian dan juga bimbingan...semoga Allah swt sentiasa merehai setiap usaha dan amal kita...InsyaAllah

1 comment: