Monday, April 26, 2010

Manusia perlu dibetulkan niatnya…

* Keadaan yang lumrah di kalangan ummat Nabi-nabi terdahulu ialah, apabila mereka jauh terpisah daripada zaman kenabian, ibadat mereka dan lain-lainnya telah menjadi kosong daripada roh dan hakikat ibadah.

* Ibadah bertukar bentuk menjadi upacara-upacara rasmi sahaja dan dikerjakan hanya sebagai satu kebiasaan dan upacara. Itu sajalah perkara-perkara agama yang tinggal.

* Untuk memperbaiki keadaan sesat yang demikian, Nabi seterusnya telah diutuskan. Nabi itu berusaha untuk menghapuskan adat resam itu dan memperkenalkan kepada ummatnya akan hakikat ibadah yang asli dan roh syariah yang sebenar.

* Nabi terakhir yang Allah utuskan ialah Nabi Muhammad SAW.

* Kaum-kaum pada zaman itu mengamalkan agama-agama yang ketiadaan roh seperti demikian, iaitu perkara yang masih tinggal di kalangan mereka adalah upacara-upacara rasmi tanpa roh dan apa-apa hakikat.

* Adat resam inilah telah disangka oleh mereka sebagai perkara yang sebenar.

* Baginda Nabi SAW telah menghancurkan adat resam sedemikian dan telah mengajar hakikat agama serta hukum-hukumnya.

* Ummat Muhammad SAW pun kini berada dalam penyakit yang sama.

* Di dalam ibadat-ibadat, mereka juga telah menjadikan hanya adat resam sahaja sehinggakan ta’lim atau ceramah-ceramah agama yang merupakan asbab untuk mengislahkan semua keburukan demikian juga telah menjadi sebagai adat saja, di mana-mana tempat.

* Tetapi, oleh kerana salsilah kenabian telah tamat dan tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW, kerja kenabian telah diberikan kepada ulamak-ulamak ummat ini yang merupakan pembantu-pembantu Nabi SAW.

* Maka telah menjadi fardhu ke atas mereka memberi tumpuan yang khas terhadap pengislahan keadaan sesat dan fasad ini.

* Dan asbab untuk melaksanakannya adalah niat yang sahih kerana ibadat akan menjadi hanya adat resam sahaja jika sifat Lillahiat (kerana Allah) dan sifat kehambaan tidak ada.

* Dan dengan kesahihan niat amalan-amalan akan memperolehi arah yang betul kepada Allah dan di tempat adat resam itu, akan wujud hakikat ibadah.

* Pada masa itu setiap amalan akan memperolehi sifat kerana Allah dan sifat kehambaan pada Allah.

* Kesimpulannya, manusia perlu ditarik perhatiannya kepada niat yang sahih.

* Ulamak-ulamak dan mereka yang arif agama, berkewajipan untuk menanamkan sifat Lillahiat dan hakikat di dalam amalan manusia seluruhnya.

No comments:

Post a Comment