
Agama adalah mudah dan senang…
* Di dalam al-Quran dan hadith, perkara ini telah diumumkan dengan memberi menekankan bahawa agama adalah YUSRUN yakni MUDAH & SENANG.
* Oleh yang demikian, apa juga perkara semakin yang lebih kepentingannya, maka semakin lebihlah ia patut dipermudahkan.
* TASHIH AN NIAT iaitu memperbetulkan niat dan keikhlasan kerana Allah, adalah perkara yang sangat penting dalam agama.
* Maka, ia juga adalah amat mudah dan tidak sukar.
* Keikhlasan kerana Allah adalah dasar bagi kesemua SULUK dan TARIQ (iaitu merupakan cara-cara pengislahan dalam tasauf), maka suluk dan tariq juga amat mudah dan senang.
* Tetapi harus kita ingat bahawa setiap perkara menjadi mudah apabila dilakukan dengan cara dan usulnya sendiri.
* Dengan cara yang salah, perkara yang mudah sekalipun akan menjadi susah.
* Kini kesilapan manusia adalah mereka merasai susah untuk mengikut undang-undang dan mereka ingin melarikan diri mereka daripadanya.
* Walhal di dunia ini tiada satu perkara pun, walaupun ianya terlalu biasa, tetapi ia tidak boleh dicapai tanpa mengikut undang-undang yang sepatutnya.
* Kapal, boat, keretapi, semuanya bergerak mengikut cara-cara dan undang-undangnya.
* Malah,masakan di dalam periuk dan roti untuk dimasak sekalipun, perlu mengikut undang-undang dan kaedahnya yang tertentu.
No comments:
Post a Comment